Your browser version is outdated. We recommend that you update your browser to the latest version.
Untuk Mendengar iRadio Katifm Klik Play

KatiFM BuntingKatiFM Bunting


CEO iRadio KatiFMCEO iRadio KatiFMSedikit pengenalan dan sejarah penubuhan iRadio KatiFM - Kuasa Alunan Teknologi Interaktif. Setelah lama berkecimpung didalam dunia IT secara suka-suka dan gerodek-gerodek gitu hair jer, saya "Nyamuk Millenium" terlintas nak kembangkan atau membantu rakan-rakan secara sukarela melalui kemahiran melalui pengalaman walaupun tanpa memiliki seheley khotas pun dlm bidang computer mahupun bidang IT ni. Namun minat gerodek yg begitu mendalam, maka teman terobang kesana sini dengan menyertai pelbagai portal mahupun forum-forum untuk mendapatkan ilmu sambil dipraktikan dengan membeli apa saja alat sekulat yg bakal dibuat ujikaji sekadar yang dimampu milik samada barang yg dibeli kebanyakan adalah bekas-bekas tangan orang. Pada mulanya teman cuba create satu page yg diberi nama D.I.Y untuk penuntut-penuntut dan bekas-bekas pelajar Sekolah Menengah Temenggong Kati dimana sekarang telah diselaraskan dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong Kati. Oleh kerana mungkin pages ni mungkin terlalu open untuk dikongsikan segala kemahiran mahupun kepakaran bekas-bekas dan pelajar-pelajar sekolah tersebut, maka page tersebut telah digantikan nama ke "KatiFM - Rentak Musik Retro Dulu Kini Dan Selamanya.

DJ Nyamuk MilleniumDJ Nyamuk MilleniumSebelum ianya ditukarkan teman telah cuba memikirkan bagaimana salah satu langkah untuk merapatkan kembali tali silaturrahim diantara bekas-bekas pelajar ini bagi senang untuk mereka mendapat info-info bagi mengumpulkan balik kawan-kawan lama mengikut batch mahupun kenalan terapat. Jadi pada awal November teman yg sudah lama bergiat didalam penglibatan radio internet secara suka-suka dan sukarela melalui pelbagai stesyen iradio ditanah ayor Malaysia yang dicintai ini.

Bermula Awal November juga teman telah daftar iRadio KatiFM ini di portal yang membekalkan kepada pengguna secara percuma. Mula sekali teman daftar di caster.fm dengan diberi nama kati.caster.fm dimana tag line radio ini diberi nama sebagai KatiFM Rentak Musik Retro Dulu, Kini Dan Selamanya. Bermula dari situ teman cuba perdengarkan kepada rakan terapat sahaja terlebih dahulu sebagai untuk membuat pandu uji. Akhirnya ianya berjaya kedengaran diseluruh Malaysia disebabkan ujian pertama teman hanya tanya kepada kawan-kawan satu batch dan terapat yang berada disekitar tanah air sahaja. Alhamdulillah kawan sekerja teman semasa teman bertugas di Dubai U.A.E masih berada disana, maka teman minta demer ni sebagai pemantau samada iradio ini boleh didengar disana mahupun tidak. Sebagaimana yang rakan-rakan disini boleh mendengarnya, disana juga jelas kedengaran iradio ini. Perasaan bertambah gembira bila mendengar yang iRadio ini sudah boleh diperhebohkan ke semua rakan-rakan tak kira dimana jua demer berada khususnya bekas-bekas pelajar SMKT Kati, Kuala Kangsar, Perak.

DJ Kuso BaganDJ Kuso BaganJadi secara rasmi teman telah putuskan iRadio ini diperhebohkan melalui rakan-rakan terapat pada 10hb November 2011 sambil mengwar-warkan kepada rakan-rakan yang berminat ingin menjadi DJ secara sukarela boleh la menghubungi teman. Disebabkan masih ketiadaan DJ yg nak sama-sama menjalankan tugas secara percuma lagi pada ketika itu, iRadio ini seperti "chipsmore" kejap ada, sekejap tiada. Ianya bergantung kepada kelapangan waktu dan kesetabilan line internets dirumah teman untuk muat naikan dan disiarkan secara terus.

Kuso BaganKuso BaganKeyakinan teman untuk memperkenalkan dan menarik Kuso Bagan untuk menjadi DJ secara sukarela di iRadio KatiFM bertambah 160 peratus. Dipendekan Cerita.. Teman pun ke romah Kuso Bagan bersama Wan Khairul Wan Mat Isa untuk meng'setup' ataupun menggerodek serta menambah alat sekulat apa yang patut untuk beliau terus boleh menDJ dari Konti Kg. Chuor Kati. Nak jadikan cerita, kebetulan pada 3 dan 4hb. December 2011 teman telah dijemput kakak teman di Kg. Terap Kati ke majlis perkahwinan anak perempuan beliau. Disitu teman cuba jalankan iRadio ini melalui broadband, Alhamdulillah ianya boleh dijalankan dengan jayanya.

Ustaz Hazimin IsmailUstaz Hazimin IsmailBermula dari situ, teman masih lagi meng"offer" siapa sahaja yang berminat menjadi DJ secara sukarela boleh hubungi teman secara terus. Maka timbullah DJ Yeop Kamal Shah yang berasal dari Kota Lama dan kini telah menetap di Kelantan mencuba menjadi sebahagian DJ terawal di KatiFM walaupun hanya seketika disebabkan faktor masa dan keadaan. Terima kasih diucapkan juga kepada beliau. Disusuli pula oleh DJ Ishak Mat Jelani yang lebih membantu memutarkan lagu secara "autorun". Alhamdulillah semakin hari semakin ramai yang join group Facebook iRadio KatiFM dan ramai yang ingin mendengar walaupun tidak secara serentak. Maka teman dengan DJ Kuso Bagan terpaksa bergilir-gilir sambil dibantu Ishak Mat Jelani meng"on"kan Pc kami secara autorun disiang hari dan cuba menDJ dimalam hari. Setelah sebulan lebih kami menggunakan khidmat atau menumpang secara percuma di server radio percuma dari caster.fm, tetiba server tersebut menjadi masalah terhadap pendengar yang menggunakan talian internets yang dibekalkan oleh streamyx. Fikiran mula menjadi celaru apabila asyik memikiorkan bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut. Ceroyer punyer ceroyer terjumpa lagi satu server yang membekalkan internets radio secara percuma di "listen2myradio". Dengan tidak berlengah lagi teman terus sahaja mendaftar pula di portal iradio tersebut. Masalah server sudah tiada masalah bagi kami, cuma server yang diberi secara percuma tersebut agak kurang menarik untuk dilawati disebabkan webpage yg terhad untuk kita edit dan ditambah iklan ikut suka dia jer nak publishkan. Nak buat macamana udah kita tumpang secara percuma.. redha jer la yak?

Hari demi hari kemer mengendalikan iRadio ni secara terus dari pc kami, boleh katakan jarang kemer off kan pc kemer bagi menghidupkan iRadio ini setiap hari. Biasalah bila udah tak ber"off" 24 jam, bermula dengan pc Kuso Bagan, pc Dan laptop teman pun lingkup. Dari situ timbul idea untuk membeli server yg berbayar bagi mengelakan msalah tersebut berulang. Alhamdullillah rezeki yang Allah kurniakan kepada teman mungkin untuk dikongsikan kepada semua, adalah dapat bonus lebih sikit dari syarikat tempat teman berkerojer. Jadi teman mula la membeli server radio dari listen2myradio ini. Kalo dah ada server radio tak manatap kalau tak adakan webpage sendrii, bertui tak? Kira punya kira ianya memakan modey lebih kurang hampir RM2500 setahun utuk sewaan webhosting dan radio server ni. Ianya idak termasuk upah mereka laman web.

Walopun teman idak peronah belajor mahupun mengikuti apa-apa kursus dalam pembikinan laman web ni, teman cuba sedaya upaya teman menggunakan kepala otak teman yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T dengan terobang sana-sana sini untuk membaca sedikit sebanyak di portal-portal serta forum-forum sambil menguji pandu segala perisian yang berkaitan dalam pembikinan laman web ni. Akhirnya, inilah hasil kerja tangan atau perahan otak teman walopun tiada basic dan peronah tahu bab bab benda ini, teman main redah ajer. Biasa la, teman lahir pun bukanya zaman celik-celik komputer didepan mata teman. Teman habis sekolah pun komputer pun teman idak peronah nengok nyer, apatah lagi menggunakannya. Jadi idak la teman malu kalo khoper ni jer yang teman mampu buat bagi menghidupkan iRadio KatiFM ini.

Memendekan cerita lagi, gerodek punyer gerodek, sampai satu ketika website teman ni kena block oleh google mungkin tersilap memasukan scripts yang tidak lulus di portal pencarian googles. Terpaksa la teman mengemukakan surat tunjuk sebab kenapa ianya terjadi. Rupa-rupanya, kesilapan scripts yang kita uji secara terus dilaman web, ianya dikira cecacing (worms) ataupun sebahagian dari suku sakat virus.

Kita tinggalkan bab benda tu, kita terus sahaja perjalanan iRadio KatiFM ini. Semakin hari semakin ramai kawan-kawan samada yang teman kenal mahupun idak sebelum ni yang sudi menyokong dan mendengar iRadio ini semakin bertambah bukan hanya dari bekas-bekas pelajar SMKT Kati malahan rakan-rakan dari segenap pelusuk dunia yang kebanyakanya berasal dari Perak khususnya Kuala Kangsar Bandar Di Raja.
 Memandangkan iRadio ini dibuka untuk semua pendengar tak kira dimana jua demer berada, teman cuba memikior samada untuk menukorkan nama iRadio ini ataupun tidak. Namun didalam hati teman tetap untuk mengekalkan dengan nama KatiFM kerana bagi teman nama Kati ni agak unik dan jarang orang ketahui ada jer satu pekan ataupun kampung di daerah Kuala Kangsar ini. Dengan kuasa Allah S.W.T, Fikir punya fikir, teman dapat buah fikiran untuk mereka atau menghuraikan apakah yang boleh dikaitkan dengan perkataan K.A.T.I tu. Maka ujudlah "Kuasa Alunan Teknologi Interaktif".

Bermula dari saat dan waktu tersebut, teman pun udah lupa bulan berapa, tag line KatiFM - Rentak Musik Retro Dulu Kini Dan Selamanya telah ditukarkan ke KatiFM - Kuasa Alunan Teknologi Interaktif sehinggalah sekarang ini.

Sebelum itu, maafkan teman kerana tertinggal nama 2-3 orang lagi yang membantu menjadi DJ secara sukarela pada awal penglibatan atau perjalanan iRadio KatiFm ini. Beliau adalah Aliff Azmi, dimana beliau menjalankan iRadio ini dari Tanjung Malim dengan menggunaka talian tanpa wayar yang agak terhad quota dan speednya. Maka beliau hanya sempat bersama iRadio ini lebih kurang sebulan lebih sahaja.

Hari demi hari iRadio ini terus dijalankan secara autorun disiang hari dan akan ditemani oleh DJ seawal 6.30 petang hingga 9.00 malam bersama DJ Ustaz Hazimin Ismail sekiranya ada kelapangan waktu. Beliau juga merupakan DJ terawal bersama iRadio KatiFM selepas DJ Kuso Bagan. Disusuli pula DJ Selatan tanah ayor iaitu DJ Zamzuri Saaid Dan DJ Nenda Salju Rimba yang berkonti dari Klebang Melaka. Maaf sekali lagi, sebelum itu DJ Hamidah Saaid juga pernah cuba-cuba mengendalikan iRadio KatiFM ini dari teratak Illusi di Bandar Hussien On, Cheras, Selangor. Oleh kerana kesibukan masa mengendalikan program silat cekak di malam hari, beliau tidak dapat memberi masa yang sesuai untuk menDJ di KatiFm ini. Walaubagaimanapun sekiranya ada kelapangan masa, InsayaAllah beliau akan kembali ke iRadio KatiFM ini.. Gitu ler sedikit sebanyak yang teman boleh cerita tentang perjalan iRadio KatiFM - Kuasa Alunan Teknologi Interaktif sampai ke hari ini 3hb. November 2012. Sekiannnnn..!