Your browser version is outdated. We recommend that you update your browser to the latest version.

WANTED...!!! ORANG DIKEHENDAKI POLIS...!!!! PENIPU..!

Posted 12/12/2013
Pada tahun 2008, saya Wan Khairul Bin Wan Mat Isa tak ingat dah bulan berapa, saya telah membeli sebuah Van milik kepunyaan kawan baik saya bernama Ruslan bin Bakar No. K/P 710315-08-6299 yang tinggal di alamat no. 43, Blok E, Perumahan Awam Liman Kati, 33020 Kuala Kangsar, Perak. saya membeli van tersebut pada beliau dengan harga RM 2,600 sahaja.
Van tersebut mempunyai no. pendaftaran SC 8616 Q , no. enjin A15-009195A , no casis VHC 120-834563, buatan dan model DATSUN 1984. Atas dasar kawan baik, kawan rapat dah seperti keluarga sendiri, lagi pun masa tu tempat tinggal kami tidak jauh, beliau tinggal di alamat seperti di atas dan saya tinggal di Kampung Simpang Tiong, Kati, 33020 Kuala Kangsar, Perak. Setelah isteri saya Rosnita Bt Abdullah sani membeli rumah di Taman Chandan Putri 3, Kuala Kangsar saya berpindah dan tinggal di alamat no. 1489, Persiaran Putri 3/15, Taman Chandan Putri 3, 33000 Kuala Kangsar, Perak mulai tahun 2010 hinggalah kini. Atas dasar kawan baik, rapat, dekat dan kepercayaan kami tidaklah membuat sebarang potong nama atau tukar nama milik kenderaan tersebut hinggalah ke hari ini.

Sepanjang saya memakai van tersebut tidak pernah berlaku sebarang kes atau kesalahan lalu lintas dan terlibat apa-apa kemalangan jalan raya. Pada hujung tahun 2011 van tersebut mengalami masalah enjin, saya menghantar van tersebut di bengkel kereta milik kawan saya di Bangunan Rumah Kedai 1 tingkat di Taman Liman, Liman Kati, Kuala Kangsar. Setelah van tersebut siap dibaiki saya tumpang letak van tersebut di kawasan depan berhampiran bengkel kenderaan tersebut, lama juga van itu ditumpang letak di hadapan bengkel itu, hampir setahun lebih lamanya van tersebut di situ, sebabnya tiada tempat yang sesuai untuk di letak di kawasan taman yang saya tinggal sekarang ini. Dalam tempoh masa yang sama juga van tersebut telah tamat tempoh cukai jalan dan perlindungan insyuran, disebabkan van tersebut tidak mempunyai status yang lengkap, saya takutlah nak menggunakannya di atas jalan raya, jadi saya biarkan van tersebut di situ dalam tempoh yang agak lama, hinggakan sekiranya van tersebut hendak digunakan di atas jalan raya, untuk perbaharui cukai jalan dan perlindungan insyuran mestilah menjalani ujian PUSPAKOM dimana-mana JPJ yang berhampiran.

Pada tarikh 14 hb. September 2013 yang lalu saya menerima satu panggilan talipon dari seorang yang tidak pernah saya kenal sebelum ini, katanya dia sedang berada di Liman kati, dia dah tengok van yang diletakkan disitu, dia dapat nombor talipon saya dari bengkel kawan saya tu katanya, masa itu saya sedang bertugas membaik pulih bangunan di Klinik Kesihatan Padang Rengas, Beliau bertanya kepada saya sama ada nak jual atau tidak van tersebut, memang sebelum itu saya bercadang nak jual van tersebut, tapi sekiranya sesiapa nak beli van tersebut mesti kena menjalani ujian di PUSPAKOM terlebih dahulu untuk memperbaharui insyuran dan cukai jalan. berbalik kepada orang yang menalipon dan bercadang nak beli van tersebut, saya bagitau beliau memang saya bercadang nak jual van itu, dia bertanya saya berada dimana ketika itu, sebab beliau nak berjumpa saya, saya bagitau beliau, saya sedang bekerja di Klinik Kesihatan Padang Rengas. Katanya dia akan bergerak sekarang untuk datang berjumpa saya, saya kata ok, dalam sejam lagi dia sampai katanya, tak berapa lama kemudian talipon saya bebunyi, beliau dah sampai di Klinik Kesihatan Padang Rengas, katanya, saya pun keluar dan berjumpa beliau di sebuah warong tepi jalan sebuah Taman di belakang Klinik tersebut, beliau datang dengan menaiki van jenis DATSUN C20 berwarna putih, nombor pendaftaran AAQ 7110 , katanya van beliau beli, beliau memperkenalkan dirinya, nama nya orang panggil Zam (Mohd Khairul Nizam bin Musa, lebih dikenali dengan panggilan Zam Beluru atau Zam yang beli buah nyor katanya, dia tinggal di Beluru katanya, setelah beliau memperkenalkan dirinya secara ringkas , dia tanya kepada saya, nak jual van tu dengan harga berapa…? Saya bagitau dia saya nak jual van itu RM 2,500 sahaja. Tapi saya bagitaulah dia bahawa van tersebut tidak ada roadtex, kalau nak beli van itu nak kena bawa ke PUSPAKOM terlebih dahulu, sebab roadtex nya dah lebih masa tamatnya. 
Beginilah yop katanya, macam mana kalau teman uruskan semua tu yop, katanya kepada saya, teman bawa balik van itu dulu, teman baiki mana-mana yang patut, mana yang tidak sempurna pada van itu untuk menjalani ujian PUSPAKOM, apa bila van itu dah ok dia akan bawa van itu ke PUSPAKOM Taiping katanya, perbelanjaan semua seperti membaiki mana perlu, tukar nama, ujian kenderaan (PUSPAKOM), roadtex dan insyuran semua sekali lebih kurang dalam RM 1,500 katanya, dia bagitau pada saya biar dia akan uruskan semua urusan itu, saya fikir, tak apalah kalau gitu kata yop, kata saya kepada dia, saya pun bersetuju dengan kos RM 1,500 yang dia minta tu, cuma saya minta dia bayar kepada saya hanya RM 1,000 sahaja, lain tu saya minta dia tolong uruskan setelah RM 1,500 ditolak dan beri peruntukan kepada beliau. Perbincangan kami berdua disetuju kedua-dua belah pihak tanpa ada sebarang surat menyurat atau tinggal apa-apa deposit kepada saya atas dasar saya percaya kawan, saya lihat dari lemah lembut bahasa, tutur kata, tidaklah saya menghukum terus dia, saya yakin dia adalah seorang yang ikhlas, jujur dan amanah,

Katanya dalam 2,3 hari nanti setelah dia baiki mana perlu pada van dan dah dibawa ke PUSPAKOM Taiping untuk memastikan tiada sebarang masalah pada van tersebut , sekiranya tiada sebarang masalah enjin, body dan sebagainya dalam 2,3 hari dia akan hubungi saya dan datang untuk ambil geran asal van tersebut dan buat bayar RM 1,000 baki harga van yang saya minta kepada beliau, seperti mana yang beliau setuju pada perbincangan. Saya pun dengan tanpa rasa was-was sebab atas dasar percaya kawan, walau pun baru saya kenal saya pun ambil kunci Van yang sememangnya saya bawa,sentiasa ada di dalam kereta kancil yang saya guna ketika itu dan serahkan kunci van tu kepada beliau, petang itu juga dia sendiri ke bengkel untuk mengambil van dan bawa van itu balik kerumahnya, sebelum tu pesan lagi saya kepadanya, kalau van tu sudah diambil tolong bagitau saya dan tolong percepatkan urusan van tu seberapa segera.

Pada keesokkan paginya dalam jam 10 pagi bertarikh 15 hb. September 2013 saya cuba SMS kepada beliau untuk bertanyakan mengenai van tersebut, sama ada dah bawa balik atau pun belum dari bengkel itu, mesej saya dijawab tidak berapa lama kemudian, “ W,salam, van dah ada kat umah teman, tengah nak buat, pintu tengah dan belakang kena buat sebab teruk sangat” begitulah mesej yang ditulisnya. Tak apalah kalau begitu saya bagitau dia, baikilah apa patut dulu van tu.

3 hari kemudian saya hubungi semula beliau dan saya pergi mencari lokasi rumah beliau di Kampung Beluru, lokasinya sekian-sekian diberitaunya kepada saya sebelum tu, saya berpandukan lokasi yang diberitahu, akhirnya saya jumpa rumah beliau, sampai di rumah beliau saya lihat memang betul beliau dalam proses mengemas dan membaik pulih van tersebut, tak apalah kalau begitu, saya fikir, saya bagi ruang masa untuk dia baik pulih mana yang patut terlebih dahulu sebelum dibawa ke PUSPAKOM, tetapi apa yang saya lihat pada van saya nombor plate asalnya SC 8616 Q dah bertukar menjadi nombor pendaftaran lain, beliau dah ambil nombor plate dan gunakan nombor pendaftaran van putih yang beliau pakai selama ini yang bernombor AAQ 7110 lalu dipindahkannya ke van yang dia nak beli pada saya tu, alasan beliau bila saya tanya kenapa guna nombor lain dan memalsukan status van ini, katanya, dia guna dan pasang nombor lain sementara nak bawa balik rumah dari Liman Kati ke Kampung Beluru, dalam masa yang sama saya mintaklah wang deposit dari dia, katanya dia tak ada duit lagi hari ini, esok dia datang jumpa saya untuk bayar wang deposit van itu, saya tak kisahlah, bagi masa esok kepada dia untuk buat bayaran. Saya pun balik.

Keesokkan harinya dia hubungi saya melalui telipon bertanyakan saya ada dimana sebab dia nak jumpa saya, nak bagi wang deposit, pada masa yang sama saya ada di luar kawasan Kuala Kangsar dan tidak dapat jumpa dia untuk ambil wang deposit tu, saya bagi nombor akaun Maybank kepunyaan saya sendiri dan suruh dia bank in sahaja ke akaun saya tu, dia pun setuju, dia bagitau dia akan bank in RM 250 dahulu untuk wang deposit van tersebut. Oklah saya kata, apabila dah bank in nanti bagitaulah saya, ok katanya, tidak lama kemudian dia bagitau sudah bank in, terima kasih saya bagitau dia. Setelah disemak memang betul dia dah bank in. Baki wang yang masih belum dibayar kepada saya hanya tinggal RM 750 sahaja lagi.

Masa terus berjalan, hari demi hari, saya cuba hubungi dia untuk bertanya sama ada sudah siap atau belum van yang dia beli pada saya tu, katanya dia tengah buat lagi, sedang kemaskan van itu lagi, dia dah bawa ke PUSPAKOM tapi tak lulus katanya, ada masalah body reput-reput sikit lagi, dia kena buat lagi, katanya, tak apalah kalau begitu kata saya. Kalau boleh percepatkanlah selesaikan urusan PUSPAKOM dan lain-lain tu. Ok-ok katanya.

Masa terus berjalan lagi, hari bertukar hari, minggu bertukar minggu dia senyap tanpa sebarang berita mengenai van itu, tetapi dalam tempoh masa itu isteri saya kenal van yang saya jual tu, Isteri saya mengadu kepada saya bahawa dia ada nampak pembeli tu bawa van itu di Pekan Kuala Kangsar, dah beberapa kali isteri saya ternampak pembeli van itu memandu van tersebut di Pekan Kuala Kangsar, tapi van itu dah di cat lain dengan warna hitam pudar (hitam tanpa kilat), rimnya dicat dengan warna merah, tetapi nombor pendaftarannya dah tukar lain kata isteri saya, nombornya AAQ 7110, rupanya dia dah mula bergerak di atas jalan raya menggunakan nombor pendaftaran lain, dia telah memalsukan status van tersebut dan menggunakan van tersebut ke sana sini untuk bergerak. Urusan PUSPAKOM masih juga tak di jalankan sepertimana yang dijanjikan sebelumnya. Hati saya mula berkata-kata.

Saya hubungi dia untuk bertanya mengenai van itu lagi, katanya dia nak kan geran van yang saya jual tu untuk urusan PUSPAKOM, dalam masa yang sama dia ada menceritakan kepada saya bahawa dia ada kawan di Kuala Lumpur yang boleh buat bank loan, personal Loan, melalui Bank Islam, dia ada kawan sebagai orang dalam yang boleh buat dan luluskan loan hanya dalam tempoh 3 minggu sahaja loan diluluskan, pinjaman paling rendah RM 80,000 , cara bayaran balik, tahun pertama RM 350 sebulan, tahun kedua RM 400 sebulan dan seterusnya tidak diberi penjelasan yang tepat tempoh lama mana pinjaman, katanya, sekira dalam setahun rekod bayaran cantik tiada tunggakan atau sebagainya bank akan memberi peluang untuk menambah lagi pinjaman, apa yang menarik perhatian saya, dia kata kalau kita dah black list pun boleh buat pinjaman juga, tak ada masaalah, dia ada orang dalam yang boleh bantu dari Bank Islam katanya, apa yang diperlukan untuk membuat permohonan loan tersebut cuma sediakan salinan kad Pengenalan, bil elekrik, bil air, no telipon kawan sebagai pengesahan oleh pihak bank hubungi serta wang proses sebanyak RM 580 katanya, semua urusan akan diuruskan oleh pihak bank, bagi menguatkan dan meyakinkan saya dia bagitau saya, isteri dia pun dah buat loan tersebut, sekarang dalam proses, tak berapa lama lagi loan nya luluslah katanya. Apabila mendengar penerangan dari dia mengenai loan bank itu saya jadi berminat untuk mencuba membuat loan tersebut.

Pada 29 September 2013, saya pun menyerahkan segala dokumen yang di kehendaki untuk memohon pinjaman bank tu, satu salinan Kad Pengenalan, Salinan bil elektrik dan bil air, no telipon adik ipar saya untuk pengesahan bank nanti, kebetulan wang baki dia beli van saya masih ada lagi padanya, masih belum di jelaskan sepenuhnya, baki wang dia beli van pada saya masih ada RM 750 sahaja lagi, saya minta dia potong je terus RM 580 dari baki wang van itu untuk wang bayaran proses loan bank sepertimana yang disyaratkan oleh beliau, dia hanya membayar RM 170 sahaja kepada saya pada hari itu, bermakna dia tidak ada apa-apa hutang van lagi lah, dalam masa yang sama saya terus serahkan Geran Van SC 8616 Q kepada dia dan minta dia cepat-cepat uruskan di JPJ mengenai van tersebut. Saya menasihatkan dia dan mengingatkan dia, dia tukar nombor plate van tu merbahayakan saya dan kawan penama van tu, apa-apa terjadi nanti susah, kemalangan ke, kami akan kena nanti, sebab nama belum dipotong, memalsukan no pendaftaran tu satu kesalahan, katanya tak ngapa, nanti dia uruskan, jangan bimbang, katanya.

Hari demi hari tapi dia tidak ada sebarang tindakan terhadap van tersebut, bila di hubung dan datang kerumahnya berbagai alasan yang diberikannya kepada saya bagi mengelak dari van tersebut dibawa ke PUSPAKOM, hati saya mula terasa tak sedap dan mula rasa was-was pada dia, banyak janji-janji yang dijanji tersasar dari masa-masa yang dijanjikannya kepada saya, loan Bank janji 3 minggu dah lebih pada masanya, bila ditanya dalam proses, katanya isterinya dah lulus dan dah dapat loan tu, dah kosong pun akaunnya, macam-macam pekara dia cuba menipu dan member alasan baik dari urusan Van juga urusan Bank Loan, masa terus berjalan, dari minggu menjecah bulan, janji 3 minggu dah nak masuk 3 bulan loan masih belum diluluskan , ada masalah dengan bank Negara katanya, itu yang lambat sikit tu, dia janji dengan saya dan orang-orang lain yang terlibat bahawa dia nak kembalikan duit proses loan bank RM 580 dulu kalau rasa tak percaya, tapi apabila loan bank dah dapat nanti bayar semula kepada dia wang RM 580 tersebut, Dia masih gagal membuat membayar dalam masa yang dia sendiri tetapkan dan dia janjikan , mengenai urusan van dah berbagai alasan diberi dan dah saya terima,

Sehari demi sehari hati mula menjadi pudar, kata-kata dan was-was dapat rasa, saya ni sudah dipermain-mainkan, dah ditipu, tapi saya masih tunggu masa yang sesuai sahaja untuk bertindak kejutkan dia, dalam masa yang sama saya difahamkan, beberapa orang yang lain juga turut terlibat dengan permohonan pinjaman yang kononnya dia menjadi sebagai orang tengah. Saya dan mangsa-mangsa penipuan pinjaman bank ternanti-nanti, terharap-harap , tertunggu-tunggu buah yang tak akan gugur rupanya, menurut kata dia sendiri ada berbelas orang yang buat permohonan itu, tunggulah dalam masa terdekat ini adalah surat dari bank sampai ke rumah masing-masing katanya.

Tunggu punya tunggu, masa terus berjalan, berbagai rancangan telah diatur sekiranya loan bank ini lulus, banyak perkara yang boleh diselesaikan, saya terlalu yakin dan percaya pada mulanya, sejak akhir-akhir ini saya cuba saiko dia, saya uji dia sama ada dia seorang yang benar atau pun sebaliknya, dalam pada itu dia sudah dapat rasa tembelangnya sudah hampir-hampir nak pecah, saya cuba siasat, saya korek, saya uji dia lagi, saya kerahkan dia buat bayaran pada hari selasa minggu lepas 10 hb. September 2013 untuk bayar wang proses bank loan dia gagal buat bayaran termasuklah membayar semula kepada mangsa-mangsa penipuan yang lain. Semuanya gagal terima dalam masa yang dijanjikannya, sejak akhir-akhir ini dia sudah mula nampak gelisah, mesej lambat dijawab, sekira dia jawap mesej, berbagai alasan yang tak munasabah diberi baik urusan Van mahu pun urusan Loan.

Akhirnya saya ada menghantar mesej kepada dia pada 6 hb. Disember 2013, mengatakan sekiranya dia gagal mengembalikan semula wang proses loan bank dan menguruskan van ke PUSPAKOM saya terpaksa jumpa dia untuk mengambil semula van saya termasuk geran van nya sekali, sejak lepas dia menerima sms dari saya itu dia terus menghilangkan diri, terus tidak pulang-pulang kerumahnya, taliponnya pun telah ditutup, sms saya tidak dijawab ,mailbox, dia telah tau tembelangnya dah pecah, dari hasil siasatan dan maklumat yang saya terima, mengesahkan saya dan mangsa-mangsa sendikit penipuannya sah, dari hasil maklumat yang diterima dari mangsa-mangsa penipuan, dari isteri beliau sendiri, dari jiran-jiran kawan kenalan dia semuanya bercanggah belaka, disini beliau bukan sahaja dia telah menipu saya bersangkut urusan jual beli Van SC 8616 Q, melarikan geran van, memalsukan status van saya, menjual van saya dengan menggunakan geran yang lain, menjalankan aktiviti sebagai orang tengah kononnya dalam urusan pinjaman bank dengan mengutip hasil penipuan sebanyak RM580 seorang di sekitar daerah Kuala Kangsar selama ini.

Setelah dia menjual van yang statusnya palsu kepada seorang pembeli yang tidak tahu menahu tentang status van tersebut dengan harga RM 2,600 menurut keterangan pembeli van itu.

Saya dan rakan-rakan saya menjalankan operasi mencari dia dan van saya terus jalankan di kawasan dimana dia selalu berurusan dan akhirnya saya terjumpa van saya itu di tepi jalan di hadapan sebuah kedai membeli durian di kawasan Kampung Paya Ranggam, Padang Rengas pada jam 6:00 petang bertarikh 11 hb. Disember 2013
Apabila saya pasti van tersebut, saya terus menghubungi IPD Kuala Kangsar, minta disambungkan ke Unit MPV untuk minta bantuan supaya menghantar bantauan MPV kelokasi van dijumpai, dalam masa lebih kurang 10 hingga 15 minit 2 buah MPV dari IPD Kuala Kangsar bergegas sampai ke lokasi dimana van tersebut ditemui.

Apa yang berlaku disitu, rupa-rupanya orang yang membeli van pada saya itu tidak ada dah di situ, dia telah menjual van saya kepada orang lain dengan menggunakan geran van yang lain dengan harga RM2,600. Dari hasil jualan van tersebut orang yang saya cari bernama MOHD KHAIRUL NIZAM BIN MUSA , NO. K/P : 660415-02-6133, ALAMAT TERAKHIR : NO. 91 KAMPUNG BELURU, 33600 ENGGOR, PERAK telah tiada disitu, telah melarikan diri entah kemana saya pun tak pasti dan tak dapat dikesan.

Pada mulanya pembeli van cuba menegak benang yang basah dan mengeras, dia mengeluarkan dan menunjukkan geran van yang lain yang menggunakan pendaftaran AAQ 7110, Pembeli van tidak dapat terima apa yang saya terangkan kepadanya tentang status van yang dibelinya, kebetulan saya ada menyimpan geran salinan van saya tu, saya tunjukkan salinan geran sebenar van tersebut kepada pembeli itu disaksikan beberapa orang awam dan 4 orang anggota MPV, pembeli masih merasa tidak puas hati, seolah-olah tidak mahu menerima kenyataan tersebut sebab dia tidak tahu apa-apa cerita sebenar dan asal usul status van yang dibelinya, Saya diarah oleh anggota MPV ke Balai Polis Padang Rengas untuk memberi keterangan selanjutnya.
Di dalam Balai saya memberi keterangan dan menceritakan perkara sebenarnya apa yang telah berlaku sebelumnya bersanggkut van tersebut, anggota Balai faham dengan apa yang saya terang dan jelaskan kepada mereka.

Saya bagi tau kepada Anggota Balai bahawa pagi tadi yaitu pagi Isnin 11 hb Disember 2013, saya telah ke IPD Kuala Kangsar untuk membuat laporan Polis, oleh kerana laporan yang saya hendak laporkan terlalu panjang dan nak keluarkan fakta sebenar-benarnya apa yang telah berlaku sebab ianya berkait-kait , takut tak sampai apa yang nak saya sampaikan, takut tak jelas, lagi pun saya rasa kasihan pula kepada anggota Balai yang bertugas mengambil keterangan saya yang terlalu panjang, tapi saya terpaksa buat penjelasan, pencerahan sebenarnya supaya ianya benar dan tidak bercanggah, saya membuat keputusan agar biar saya sendiri yang menaip dirumah dan apabila siap saya akan datang semula secepat mungkin untuk menyerahkan laporan saya ini, saya yang terinaya ini berharap agar pihak yang berwajib bertindak segera agar dapat menyelesaikan masalah ini.

Saya berharap sangat-sangat agar van saya itu saya dapat semula ke tangan saya untuk saya selesaikan sendiri urusan yang bersangkutan dengan JPJ dan yang paling utama sekali agar pihak berwajib dapat mencari, memburu dan menahan orang yang telah lari entah kemana seberapa segera supaya tidak ramai lagi yang menjadi mangsa penipuannya di masa-masa akan datang di tempat lain pula. Insya Allah, Allahhuallam.

KEPADA SESIAPA YANG BERADA DI SELURUH MALAYSIA ATAU DI SELURUH DUNIA INI YANG TERJUMPA ORANG YANG DIBURU INI SILA TANGKAP ATAU LAPORKAN KE BALAI POLIS YANG BERHAMPIRAN KERANA ORANG INI SANGAT-SANGAT DIKEHENDAKI OLEH PIHAK POLIS...

KERJASAMA DARI ANDA SEMUA AMATLAH DIHARGAI...

TERIMA KASIH..

HARAP MAKLUM..!!!