Your browser version is outdated. We recommend that you update your browser to the latest version.

Helah Tawar Pinjaman Bank..!

Posted 25/12/2013

KUALA KANGSAR - Hasrat seorang kontraktor mahu membeli kereta baru melalui pinjaman bank berkecai apabila dia ditipu seorang lelaki yang menguruskan pinjaman tersebut. Mangsa, Wan Khairul Mat Isa, 42, berkata, lelaki itu memberitahu  dia boleh membantu dalam urusan pinjaman sebuah bank mencecah RM 80,000.Bagaimanapun, Wan Khairul perlu membayar wang proses berjumlah RM580 bagi mempercepatkan urusan pinjaman.

“Lelaki itu kata dia ada kawan bekerja di bank tersebut. Kerana percayakan dia, saya sanggup menggunakan khidmatnya, tetapi saya tak sangka ditipu lelaki berkenaan.

“Saya pun tidak tahu mengapa saya terlalu mudah terpengaruh dengannya, mungkin kerana gayanya yang lembut dan baik menyebabkan saya mudah terpedaya,” katanya kepada Sinar Harian.

Wan Khairul berkata, apabila wang berkenaan dibayar, lelaki itu bertindak melarikan diri jika diajak berjumpa manakala telefonnya pula tidak dapat dihubungi. Jelasnya, selain itu, lelaki tersebut turut menipu dalam urusan pembelian van dengannya kerana sehingga kini wang pembelian masih tidak dibayar tetapi kenderaan tersebut sudah dijual kepada orang lain.

"Saya difahamkan bukan saya seorang yang ‘terkena’ dengan lelaki itu kerana ada di antara kawan saya turut menjadi mangsa.

“Tujuan saya buat pendedahan ini supaya tiada lagi orang tertipu dengan helah lelaki berkenaan,” katanya.

Sumber Dari Sinar Harian : http://www.sinarharian.com.my/helah-tawar-pinjaman-bank-1.234020