Your browser version is outdated. We recommend that you update your browser to the latest version.

KatiFM BuntingKatiFM Bunting

Perginya Berozor a.k.a Khairul Azman Hashim (Keon)

Posted 4/7/2014

Assalamualikum dan salam sejahtera, disini pihak iRadio KatiFM ingin menginfokan bahawa Khairul Azman Hashim yang lebih dikenali dengan panggilan Keon ataupun Berozor telah kembali kerahmatullah pada hari ini Jumaat bersamaan 4hb Julai 2014 jam 4.45 petang Beliau berasal dari Kampung Chuar Kati, Kuala Kangsar Perak.

Jenazah beliau mungkin akan disemadikan ditanah perkuburan Kampung Chuar Kati pada hari Sabtu bersamaan 5hb Julai 2014 jam 10.00pagi. 

Read the rest of this entry »

Info Pernyiaran iRadio KatiFM Sepanjang Ramadhan

Posted 29/6/2014

Sebagaimana tahun tahun lepas, iRadio KatiFM adalah sebuah station yang belum diniagakan atau dikomersialkan lagi. Jadi sempena bulan ramadhan yang penuh keberkatan ini, kami hanya menemani mengkomer hanya selepas solath terawih sahaja. Itupun bergantung kepada kelapangan masa atau waktu deejay deejay kami. Apa pun selamat berpuasa dan beramal dari warga iRadio KatiFM

Read the rest of this entry »

Siapa Akan Ke Suku Akhir Piala Dunia 2014

Posted 29/6/2014

Piala Dunia 2014 sedang berlangsung di Brazil. Siapa bakal bergelar juara? Belanda, Brazil atau Jerman? Sepanyol selaku juara betahan sudah keluar baris setelah kalah dengan Chile 2-0.

Siapa bintang di kejohanan kali ini ? Robin Van Persie ( Belanda ), Neymar ( Brazil )? Ozil, Muller ( Jerman ) atau Suarez? Ronaldo ( Portugal )? Terlalu ramai bintang yang menyinar, mungkin bila sampai ke peringkat suku akhir kita akan dapat menilai siapa yang terbaik.

Jika di Piala Dunia 1982 dulu, heronya adalah Paolo Rossi ( Itali ). 1986 pula Maradona ( Argentina ) manakala 1992 pula Ronaldo ( Brazil ). Begitulah seterusnya di setiap pesta Piala Dunia yang berlangsung, akan lahirlah bintang yang paling menyinar.

Apa pun pasukan negara mana yang mengkomer jangka akan masuk ke suku akhir, separuh akhir dan seterusnya ke akhir serta bergelar juara?

Read the rest of this entry »

Ungkapan Terakhir Anak Kawan Admin ‘Boleh teman Danial’

Posted 20/5/2014

Kuala Lumpur: “Baguslah ibu dengan ayah tak berniaga hari ini (semalam). Boleh teman Danial di rumah,” itulah ungkapan terakhir seorang kanak-kanak lelaki, Muhammad Danial Abdullah, lapan tahun, sebelum ditemui mati selepas dipercayai jatuh dari tingkat 15 Pangsapuri Ulu Pudu, Cheras di sini.

Dalam kejadian jam 6 petang semalam, mangsa yang tinggal di tingkat satu dipercayai bermain di tingkat 15 pangsapuri itu sebelum ditemui terjatuh oleh penduduk.

.

Read the rest of this entry »

Ekspedisi Bertukar Tragedi..

Posted 19/3/2014

Kuala Kangsar - Dua daripada empat pelajar Tingkatan 5 Kolej Vokasional Padang Rengas yang dilaporkan hilang semasa menyertai ekspedisi di Gunung Bubu disahkan meninggal dunia dipercayai akibat lemas.

Mayat kedua-duanya, Adam Asraf Azman dan Muhamad Amir Ashraff Baharuddin masing-masing berusia 17 tahun ditemui di tepi Sungai Gading, kira-kira 13 kilometer dari Pusat Kawalan Operasi anggota penyelamat kira-kira jam 3.20 petang, semalam.

Read the rest of this entry »

Helah Tawar Pinjaman Bank..!

Posted 25/12/2013

KUALA KANGSAR - Hasrat seorang kontraktor mahu membeli kereta baru melalui pinjaman bank berkecai apabila dia ditipu seorang lelaki yang menguruskan pinjaman tersebut. Mangsa, Wan Khairul Mat Isa, 42, berkata, lelaki itu memberitahu  dia boleh membantu dalam urusan pinjaman sebuah bank mencecah RM 80,000.Bagaimanapun, Wan Khairul perlu membayar wang proses berjumlah RM580 bagi mempercepatkan urusan pinjaman.

Read the rest of this entry »

Lukisan Ada Falsafah Tersendiri..!

Posted 23/12/2013

SETIAP lukisan ada falsafah tersendiri. Itulah pandangan ringkas yang diluahkan ilustrator kanak-kanak, Nur Azmi Mokhtar, 33, tentang nilai seni sebuah lukisan.

Biarpun hanya secalit warna dicorengkan ke atas kanvas lukisan, ia tetap boleh diangkat menjadi karya seni jika mempunyai subjek untuk diketengahkan.

“Kadang-kadang ada orang pergi merantau satu dunia untuk mencari subjek lukisan, namun akhirnya yang dicari rupa-rupanya ada depan tangga rumah.

“Saya suka gaya lukisan naif dan bersifat langsung. Tidak semestinya lukisan seni halus sahaja yang ada falsafah,” ujarnya yang gemar menonjolkan cara hidup kampung melalui lukisan.

Tambahnya, lukisan naif boleh dilihat di mana-mana sahaja dan ia wujud sejak zaman purba. Lukisan tersebut telahpun diukir pada dinding gua sejak berjuta tahun lampau.

Cintanya terhadap aliran lukisan ‘keanak-anakkan’ itu membuatkan Nur Azmi yang lebih dikenali dengan nama Mie Mambo berjaya menerbitkan lebih 100 naskhah ilustrasi buku kanak-kanak dengan kerjasama bersama penulis lain.

Read the rest of this entry »

Berita Kematian...

Posted 18/12/2013

Kati - 8:30 pm

Ingin dimaklumkan bahawa Allahyarham Jamaluddin B. Bahari, lebih dikenali dengan panggilan Jama lebor telah kembali ke Rahmatullah pada jam 4:30 petang tadi di kediaman beliau di K 62 Kampung Kati berpunca dari serangan jantung, 

jenazah akan di semadikan di Tanah Perkuburan Islam Kati pada jam 11:00 pagi esok 19.12.2013 (Khamis).

Sama-sama ler kita doakan agar beliau ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman dan yang beramal soleh.. Al-Fatihah buat Roh Allahyarham. HARAP MAKLUM...!!! 

Read the rest of this entry »

WANTED...!!! ORANG DIKEHENDAKI POLIS...!!!! PENIPU..!

Posted 12/12/2013
Pada tahun 2008, saya Wan Khairul Bin Wan Mat Isa tak ingat dah bulan berapa, saya telah membeli sebuah Van milik kepunyaan kawan baik saya bernama Ruslan bin Bakar No. K/P 710315-08-6299 yang tinggal di alamat no. 43, Blok E, Perumahan Awam Liman Kati, 33020 Kuala Kangsar, Perak. saya membeli van tersebut pada beliau dengan harga RM 2,600 sahaja.
Van tersebut mempunyai no. pendaftaran SC 8616 Q , no. enjin A15-009195A , no casis VHC 120-834563, buatan dan model DATSUN 1984. Atas dasar kawan baik, kawan rapat dah seperti keluarga sendiri, lagi pun masa tu tempat tinggal kami tidak jauh, beliau tinggal di alamat seperti di atas dan saya tinggal di Kampung Simpang Tiong, Kati, 33020 Kuala Kangsar, Perak. Setelah isteri saya Rosnita Bt Abdullah sani membeli rumah di Taman Chandan Putri 3, Kuala Kangsar saya berpindah dan tinggal di alamat no. 1489, Persiaran Putri 3/15, Taman Chandan Putri 3, 33000 Kuala Kangsar, Perak mulai tahun 2010 hinggalah kini. Atas dasar kawan baik, rapat, dekat dan kepercayaan kami tidaklah membuat sebarang potong nama atau tukar nama milik kenderaan tersebut hinggalah ke hari ini.
Read the rest of this entry »

Pekan Kati Perlukan 'Arena Square' Mini

Posted 3/12/2013

PADANG RENGAS 2 Dis. - Sebuah 'arena square' mini perlu dibina di pekan Kati dekat sini bagi kemudahan penduduk berhimpun atau menganjurkan sesuatu majlis termasuk menjalankan aktiviti perniagaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderoh, Zainun Mat Nor berkata, sebelum ini pihaknya terpaksa menyewa khemah setiap kali ingin mengumpulkan penduduk kampung dan kerana itu pembinaannya dilihat wajar bagi mengurangkan kos dalam jangka masa panjang.

Read the rest of this entry »